Sunday, May 22, 2011

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1.
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3.
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5.


Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.
Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7.

Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9.
Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10.
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.
Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12.

Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14.
Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Ancaman Utama IFC terhadap Islam
1.
Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2.
Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.


Thursday, May 12, 2011

Daging Lembu Tiruan



ISUHANGAT.NET Oleh kerana daging lembu sangat mahal di China berbanding daging babi, ada peniaga yang cuba menipu pembeli daging lembu dengan daging babi yang telah dicampur dengan sejenis bahan kimia.
Photobucket
Walau pun mangsanya bukan orang Islam, dikatakan memakan daging lembu tiruan ini boleh mendatangkan kanser.
Photobucket
Proses membuat daging lembu tiruan dari daging babi.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Yang berwarna pucat di atas adalah daging lembu ori. Daging lembu lebih keras dari daging babi yang lebih lembut.
So berhati-hati apabila melancong ke luar negara.

Beras Dari Plastik?



ISUHANGAT.NET. Media Singapura melaporkan bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu.
Perusahaan makanan China telah terlibat selama bertahun-tahun pelbagai skandal yang melibatkan barang palsu atau tercemar. Artikel terkini isuhangat Daging Lembu Tiruan link , termasuk skandal susu pada 2008 juga isu hangat susu ditemui mengandungi racun melamin. 290,000 orang mangsa yang jatuh sakit dan 11 kes kematian.
Isu hangat sekarang ada laporan dari media Singapura bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu, yang dikatakan sangat berbahaya.

Menurut Bahasa Korea “Hong Kong Weekly” (juga dari rujukan website Vietnam), Media Singapura menyatakan bahawa beras palsu sedang dihasilkan di kota China Taiyuan, di daerah Shaanxi.”Nasi” ini merupakan gabungan dari kentang, ubi dan plastik.
Ia dibentuk dengan mencampur kentang dan ubi kayu ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan lagi bahan sintetik industri.
Pejabat Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini seperti makan satu kantung plastik. Kerana masalah ini sangat serius, ia menambah bahawa akan ada penyelidikan pabrik dijangka mengeluarkan beras. Sementara itu, kos yang rendah beras palsu adalah menyebabkan peniaga untuk membuat keuntungan yang besar.
Di Vietnam, telah berbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan tercemar, sehingga ramai orang khuatir tentang jaminan keselamatan makanan.

Tiga Ulama Islam Dipaksa Turun Kapal Terbang



Tiga ulama Islam yang akan menghadiri seminar keagamaan di Amerika Syarikat terpaksa diturunkan dari penerbangan Delta kerana pilot kapal terbang tersebut tidak mahu terbang jika mereka berada di dalam kapal terbang itu.
Imam-imam tersebut menaiki pesawat dalam rangka menuju ke sebuah conference mengenai Islamphobia di Charlotte, North Carolina.
Imam Abdul Latif Al-Amin dilarang menaiki kapal terbang dari New York ke Charlotte pada Jumaat (6/5/2011) lalu. Manakala dua ulama yang lain melakukan perjalanan dari Memphis, Tennessee ke Charlotte juga dipaksa turun dari kapal terbang.
Masudur Rahman dan Mohamed Zaghloul Asosiasi Islam Memphis diturunkan dari sebuah penerbangan dari Memphis ke Charlotte , The Daily Mail melaporkan.
“Ini tindakan yang rasis dan bias kerana agama dan penampilan kami itu disebabkan kerana maklumat yang salah tentang agama kami,” kata Rahman.
“Jika mereka memahami Islam, mereka tidak akan melakukan perkara ini.”

Sunday, May 1, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?


by Amirah Emir on Wednesday, 27 April 2011 at 19:00
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."