Monday, April 25, 2011

Agenda Illuminati dalam Harry Potter and the Deathly Hallows? ~ MacJay.Net

Agenda Illuminati dalam Harry Potter and the Deathly Hallows? ~ MacJay.Net

Perancis Akan Melarang Solat Jemaah

Kerajaan Perancis berniat untuk menjalankan terus kempen anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang melarang pakaian purdah, mendapat protes hebat dari umat Islam. Dengan alasan kerana orang Muslim menunaikan solat di tepi jalan, pemerintah Perancis berniat membataskan kebebasan orang-orang Muslim dalam menunaikan kewajiban agama mereka.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenali sebagai salah satu think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di tepi jalan.
IRNA melaporkan, akhbar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, “Kami sedang mencari cara untuk melarang penunaian solat berjamaah di tepi jalan.”
Menjawab pertanyaan soal sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis dapat dibangun masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih teperinci bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangun.
Misalnya di bandar Nice , hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahawa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjemaah.
Lihatlah bagaimana kesukaran dan cabaran umat Islam di sana, di Malaysia pula masjid dah la banyak,cantik-cantik,mewah, berkarpet tebal dsb tapi…

Saturday, April 9, 2011

~CUTE LA AWAK NI~



Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.

Password : ******

~~~~~~~~

Welcome

Cursor di arah ke YouCam.

“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

Klik..klik..klik…

Save in…’aku cute’ folder.

Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…

“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”

www.facebook.com

email password

aku_cute@yehaa.combact ******

upload photo

create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~

location : -

“da settle da upload..yes!”

Muhd Khairy likes your photo

Boboy commented on your photo

Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.

“Giler banyak..hehe baru je letak kot”

Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

Khairi : cun abis~

Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

1 message received

Opening……

Unknown :

“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”

Logout

wallahu'alam~

WAJIB BACA!!!!!


aku baru tau maksud perkataan "BYE"... SubhanAllah!!! Perkataan "BYE" merupakanja rum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah.

Friday, April 8, 2011

10 Gambar Yang Menggemparkan Dunia


10 keping gambar di bawah merupakan gambar yang menggemparkan dunia semasa kejadian tersebut. Kalau nak tahu lebih pasal kejadian-kejadian tersebut, pergi tanya dengan mak cik Wikipedia.
1.
Photobucket
Seperti yang kita tahu, Amerika menjatuhkan dua bom ke Jepun setelah terjadi serangan di Pearl Harbour. Bom di jatuhkan di kota Hiroshima dan Nagasaki. Kedua bom atom ini telah menewaskan 90,000-166,000 ribu nyawa di Hiroshima dan 60,000- 80,000 ribu jiwa di Nagasaki.
2.
Photobucket
Gambar di atas, berjudul “Jenderal Nguyen Ngoc Loan memenembak seorang tahanan Vietkong di Saigon”, dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah wartawan. Jurugambar Amerika, Edward Adams dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Vietnam Selatan Nasional menembak seorang tentera Vietkong.
3.
Photobucket
Pada 11 September 2001, pengganas menyerang Amerika dengan dua pesawat penumpang yang dituduh oleh Al-Qaeda menyerang menara kembar,dan telah menewaskan hampir 3000 orang .
4.
Photobucket
Setahun setelah menjajah Iraq pada tahun 2003, laporan mengejutkan tentang penyiksaan, pemerkosaan dan pembunuhan para tahanan yang ditahan di penjara Abu Ghraib. Peristiwa ini lebih di kenali dengan Abu Ghraib Jail.
5.
Photobucket
Gambar ini diambil oleh jurugambar Afrika Selatan, Kevin Carter. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan sedang kelaparan dan berhenti untuk beristirahat sambil menundukkan tubuhnya yang lemah dan merangkak menuju pusat PBB untuk mendapatkan makan tetapi beberapa burung pemakan bangkai menunggu dan berharap berdekatannya. Carter dianugerahi Hadiah Pulitzer untuk gambar tersebut.
6.
Photobucket
Gambar di atas di abadikan oleh 2 cameraman Peranchis di Gaza. Rakaman itu menunjukkan seorang ayah Palestin, Jamal al-Durrah sedang mencuba untuk melindungi anaknya berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari tembakan tentera Israel. Dia memberikan signal kepada pasukan Israel untuk menghentikan tembakan namun tidak diendahkan oleh pengganas Israel.
7.
Photobucket
Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan di Soweto,Afrika Selatan pada tahun 1976. Ia ditembak mati dalam pembalasan Polis untuk protes mahasiswa. Gambar di atas menunjukkan Hector sedang dibawa oleh rakannya sesama mahasiswa.
8.
Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal 1984 dimana gas beracun (MIC) telah dilepaskan oleh Union Carbide India Limited. Sekitar 40,000 kes penyakit atau kecacatan disebabkan oleh gas tersebut.
9.

Foto mengerikan yang menunjukkan hukuman mati tanpa pengadilan dua orang kulit hitam muda yang dituduh memperkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh kekasihnya.
10.
“Orang Yahudi Terakhir Vinnitsa”. Gambar menunjukkan seorang Yahudi berlutut di depan sebuah kuburan beramai-ramai sebelum ditembak oleh anggota sebuah regu maut Nazi SS paramiliter, Einsatzgruppe D.